update
Wednesday, April 02, 2008
Sudah sekian lame blog ni terabai. Tetiba penulis hari ni tergerak hati nak menaip sesuatu. Asbab musabab penulis agak mengabaikan blog ni kerana penulis amat la pemalas nak update blog sendiri. penulis tidak akan memberi alasan yang beliau tersangat la sibuk seperti sesetengah orang. macam orang lain tak sibuk. penulis lebih gemar membace blog orang lain. sebenarnye penulis cube beberapa kali untuk menaip beberape artikel tentang isu2 semase ataupun cerita2 tentang diri sendiri. tetapi kebuntuan idea untuk mengolah ayat2 berkenaan menyebabkan penulis membatalkan hasrat itu.
sekarang ini masih hangat diperkata isu politik tempatan. penulis amat tertarik dengan berita2 muka depan akhbar2 dan media2 yang lain. akhbar yang penulis tak pernah bace pun bace. untuk mendapat berita yang adil dan tepat. sane hentam sini, sini hentam sane. last2 berebut sape nak jadi ketua. mane2 pun same jugak. Ade yang suruh bertanggungjawab, letak jawatan. Bagi penulis meletak kan jawatan bukan penyelesaian masalah. Menambah masalah lagi ade. Penulis sangka kan mereka pemegang2 jawatan pemerintahan ni pandai belaka, rupe nye sengal2 jugak, A pilih lain B pilih lain, yang mana harus ku pilih. Lepas tu mereka memboikot. Due2 pon same boikot memboikot. penulis juga tertarik kematangan rakan2 penulis yang sering bersidang meja paklimen atau pun di meja kehakiman. ade jugak berhasrat satu hari nanti nak PM nanti. Penulis mengalu2kan hasrat mereka kerana mereka orang2 yang bijak2. Tapi bile diorang buat slack nanti penulis lah orang yang pertama mengeluarkan dalil
1001 mengapa mereka tak boleh jadi PM..heh..Penulis sememang nye tidak pernah pro pada satu pihak. boleh dikatakan atas pagar la, nak cakap lalang pon boleh. bagi penulis mane2 pun same kalau berkuasa. tetapi ingin melihat perubahan.
Fitna, sebuah filem pendek hasil dari sorang mamat Belanda ni. Pada mula nya penulis ingin mengetahui apakah isi kandungan filem berkenaan yang mengundang kemarahan seluruh masyarakat Islam sedunia. Penulis tidak berpuas hati dengan sekadar membaca sinopsis. Sikap ingin tahu manusia. maka penulis memula kan pencarian di youtube. dan pencarian tersebut berhasil. Penulis dapat menonton filem tersebut. Tetapi bile penulis cube untuk menonton kembali filem tersebut hari ini, sudah tak boleh.Patut la orang marah sangat dengan cerita berkenaan. Filem berkenaan dimulakan dengan gambar Rasullah s.a.w yang dilukis oleh kartunis dari Denmark yang juga mendatangkan kemarahan orang Islam sedunia. kemudian diikuti dengan bacaan2 Furqan yang disalah terjemahkan.Ayat2 surah yang diterjemah kan seolah2 didalam Al-quran menghalalkan pembunuhan orang yahudi dan menyembelih mereka yang enggan tunduk pada Allah. Dan mereka juga menemubual seorang budak perempuan berusia 3 atau 4 tahun yang mengatekan orang yahudi adalah babi. Akhir sekali dlm filem ini, kelihatan sebelah tangan memegang 1 mukasurat dari Al-quran, skrin menjadi gelap dan kedengaran seperti dikoyak. kalau pembaca ingin melihat filem tersebut cube2 la cari di youtube or metacafe. Ape kite kene buat dengan perkara2 seperti ini, lu pikir la sendiri. Penulis nak chow nak carik lagi 1 filem provokasi ala2 Fitna ni. Kalau korang nak join, jom kite carik filem
submission filem hasil dari Theo van gogh. Senang, lepas ni kita start boikot barangan dari Belanda.
posted by nizam best |
&faded to grey at 12:00 PM